Tuesday, January 17, 2012

Bile si suami lurus bendul

Tengah dok ushar2 blog Farah Lee http://farahinlee.blogspot.com/ si cantik manis yang berjaya menambat hati Ally Iskandar, terjumpa plak citer lawak pasal suami yg lurus bendul ni. Terhibur seketika di kala mata semakin mengantuk dek keje malam akibat menangkap ikan di opis tercinta. Jom meh kita kurangkan stress. Saya copy paste jer dari blog ini .

Kes 1: Tak Yah Beli Makanan

Suami telefon, "Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?"
Isteri jawab,, "Takmau bang, bini awak kan ke diet..."

Maka, suami pun balik la rumah, goyang tangan tak beli apa-apa. Sampai je rumah, tengok si isteri dah tarik muka dan bibir moncong macam cencorot. Siap majuk-majuk. Lari tido bilik sebelah tak pun gi bilik anak.

Bila suami bertanya balik,"Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii...."
Si isteri jawab,"Memangla orang kata takmau apa-apa. Tapi belikan jela apa-apa. Kalau abang beli apa-apa pun kita makan jerrr...."

"Eh, bini aku ni. Yang mana satu nih?"


Kes 2: Bini Tak Masak

Suami telefon si isteri,"Petang ni awak nak masak apa Yang?"
Isteri pun jawab,"Alaaahhh. Hari-hari kena masak, penatlah Bang! Balik keja ni Abang makan siap-siaplah"

Si suami tadi pun abis kerja singgah la kat kedai mamak, lalu tibai nasik beriyani kari kambeng baekk punya. Sampai umah, sendawa pun dah bau kambeng. Tiba-tiba, isteri jerit panggil suh makan!

"Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, ada telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!"

Terkulat-kulat si suami dok pandang makanan penuh satu meja, sedangkan perut dah senak, penuh dengan kambeng! hahahahaa...

Dah tak makan. Isteri tarik muka lagi. Tidor bilik sebelah lagi....


Kes 3: Lipat Kain

Sedang dok melepak, si suami tetiba kena ngomel oleh si isteri, "Abang ni asyik tengok TV, pastu main komputer dari semalam tau"

"Abang tak kesian kat bini abang ker? Dah mengelupas kulit jari ni tau. Basuh kain jer ... jemur kain. Abang tolongla lipat kain yang menimbun kat dalam bilik tu"

Si suami pun dengan rela paksa masuk la dalam bilik, dan lipat kain. Lepas seketika, si isteri pun masuk bilik nak usha line. Tetiba jer kena petir akibat bebelan si isteri yang datang tanpa tuju.

"Apa awak lipat kain mcm ni banggg?" sambil kuis-kusi kain yang dah dilipat oleh si suami.

"Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih? Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam? Kenapa spender ni awak lipat tiga? kenapa? kenapa?"

Aduh. Makin biul si suami dibuatnya.


Kes 4: Pakai Baju Anak

Sedang si suami dok baca paper kisah Fasha Sandha break dengan Jejai, tetiba muncul si isteri dan berkata,

"Nah ambik anak ni bang. Tolong pakaikan lampin, pakaikan baju. Saya nak mandikan anak abang yang sorang lagi tu k" sambil menyerahkan si baby comel.

Si suami pun ambillah anak tu dan nak dipakaikan lampin dan baju;

"Nak bagi pakai baju mana ni Yang?" bertanyalah si suami.
"Alah abang ni ... kan banyak baju tu. Ada kat dalam bakul tu. Pakaikan jerlah baju mana-mana pon... bukan ada org nk tengok ponnn..." jerit si isteri dari dalam bilik air.

Dah siap. Baby comel tu dah lengkap berpakaian ikut selera si suami. Bila si isteri selesai dengan tugasnya dan tengok si baby comel yang dah siap pakai baju....

"Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?" geleng si isteri.

"Nih kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita ni sami sesat mana lak ha..."

Aduh. Pening dibuatnya.

Nota kaki yang tiada kaitan dengan citer diatas: Bila citer Bicara Hati episod 3 nak ada kat youtube neh...cepatlaaa upload..syok gak layannnzzz..Err lagipun kan..si hero Sharnaaz tu macho n sexy uols wlpn ada iras2 bangla...hahahaha(Tetibe saya rajin follow citer melayu skrg neh..huhu)

No comments:

Post a Comment