Yay akhirnya blog saya telah dihapdate setelah berkurun lama..Tetibe plak rasa nak nyanyi lagu neh... "berkurun lama..kurahsiakan...cintaku padamu"..owkeh stop stop..melalut suda.....Meh kita baca sama-sama kandungan entri ini..kenapa tajuknya DIAM ITU LEBIH BAIK.mungkin lepas ni rasa termotivasi sikit..so sama2lah kita ambil iktibar dan jadikan panduan owkeh..
1. Apabila anda berada di persekitaran yang
dikelilingi oleh orang-orang berfikiran negatif dan mereka sedang
mengatakan sesuatu yang negatif, sebenarnya anda sedang menyediakan diri anda untuk dijangkiti pemikiran negatif. Anda
akan terjangkit pemikiran negatif mereka. Anda akan terbawa-bawa oleh
cakapan negatif mereka sebab anda rasa seronok bercakap begitu seperti
mereka.
2. Cara terbaik untuk mengelakkan anda dijangkiti
pemikiran negatif adalah dengan berdiam diri, cuma memberi respon ketika
diminta atau ketika dirasakan perlu. Elakkan untuk menyertai
perbincangan bersifat negatif.
3. Elak menyertai perbualan
bersifat negatif. Mengumpat, mengeji, memburuk-burukkan dan
mentertawakan seseorang adalah contoh perbualan bersifat negatif. Anda
tidak akan dapat mengelak habis dari perbualan negatif, sebab
orang-orang yang menyertai perbualan sebegini adalah kawan-kawan anda
sendiri. Anda akan dianggap sombong dan membenci apabila tidak menyertai
mereka. Untuk mengambil hati mereka, anda terpaksa bergaul dengan
mereka. Bahayanya anda akan jadi orang berfikiran negatif seperti
mereka.
4. Diam adalah cara terbaik. Diam lebih baik dari
bersuara untuk mengata dan dari mengutarakan rasa tidak puas hati. Bila
sudah tidak puas hati, anda akan tidak puas hati berkali-kali untuk
hari-hari seterusnya.
Nota Kaki: Entri ini saya copy paste dari satu page facebook yg saya like iaitu http://www.facebook.com/ePetua
No comments:
Post a Comment