Saturday, October 13, 2012

Diam itu lebih baik

Yay akhirnya blog saya telah dihapdate setelah berkurun lama..Tetibe plak rasa nak nyanyi lagu neh... "berkurun lama..kurahsiakan...cintaku padamu"..owkeh stop stop..melalut suda.....Meh kita baca sama-sama kandungan entri ini..kenapa tajuknya DIAM ITU LEBIH BAIK.mungkin lepas ni rasa termotivasi sikit..so sama2lah kita ambil iktibar dan jadikan panduan owkeh..
 
 1. Apabila anda berada di persekitaran yang dikelilingi oleh orang-orang berfikiran negatif dan mereka sedang mengatakan sesuatu yang negatif,  sebenarnya anda sedang menyediakan diri anda untuk dijangkiti pemikiran negatif. Anda akan terjangkit pemikiran negatif mereka. Anda akan terbawa-bawa oleh cakapan negatif mereka sebab anda rasa seronok bercakap begitu seperti mereka.

2. Cara terbaik untuk mengelakkan anda dijangkiti pemikiran negatif adalah dengan berdiam diri, cuma memberi respon ketika diminta atau ketika dirasakan perlu. Elakkan untuk menyertai perbincangan bersifat negatif.

3. Elak menyertai perbualan bersifat negatif. Mengumpat, mengeji, memburuk-burukkan dan mentertawakan seseorang adalah contoh perbualan bersifat negatif. Anda tidak akan dapat mengelak habis dari perbualan negatif, sebab orang-orang yang menyertai perbualan sebegini adalah kawan-kawan anda sendiri. Anda akan dianggap sombong dan membenci apabila tidak menyertai mereka. Untuk mengambil hati mereka, anda terpaksa bergaul dengan mereka. Bahayanya anda akan jadi orang berfikiran negatif seperti mereka.
4. Diam adalah cara terbaik. Diam lebih baik dari bersuara untuk mengata dan dari mengutarakan rasa tidak puas hati. Bila sudah tidak puas hati, anda akan tidak puas hati berkali-kali untuk hari-hari seterusnya.



Nota Kaki: Entri ini saya copy paste dari satu page facebook yg saya like iaitu http://www.facebook.com/ePetua