Sunday, October 24, 2010

Bukit Cerakah aka Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam

Pada hari Ahad yang lepas iaitu tanggal 17 Oktober 2010, kami telah menghabiskan cuti pada hujung minggu dengan beriadah di Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam atau dulunya dikenali sebagai Bukit Cerakah. Ini merupakan kali kedua kami kesana. Kali pertama kami mengunjungi tempat ini bersama mak, kakak dan adik beradik yang lain.(ayat skema)


Di rumah Empat Musim.Time ni musim luruh. Sama tak ngan Jepun agaknya???


Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di taman ni seperti memancing, berbasikal, melawat taman binatang, melepak, berdating dsb. Tapi disebabkan kami membawa si bulat kecil itu, maka tempat2 yg kami lawati terhad.
Aliff tekun melihat si burung yang bijak berkata-kata
kemungkinan besar kami akan ke tempat ini lagi untuk berbasikal sebagai riadah di waktu petang. Mengikut perancangan akan datang Aliff akan dihantar ke rumah pengasuh untuk kami bersuka ria..hehehe..

Saturday, October 23, 2010

Awak...Hepi besday

Awak...saya nak ucapkan hepi besday...dah 5 tahun kita bersama kan...selama 5 tahun ni banyak yang kita lalui bersama..suka dan duka..awak selalu bersama saya semasa saya gembira, menangis, gelak, berkaraoke..dan awak selalu membawa saya ke mana saya nak pergi..Awak tak pernah menyusahkan saya..awak mmg best..saya sayang sangat kat awak...luv u so much..mmuah...mmuahh..

Saya masih igt lagi sewaktu pertama kali saya menyentuh awak...awak wangi!!!!serius tak tipu...saya excited sangat...walaupun saya frust gila sbb saya nak daftarkan awak JJJ tapi last2 saya dapat JJK...hangin satu badan time tu sbb saleperson tu lembab.tak reti buat keje...tapi takpelah dah jodoh kita..lagipun awak ada nama yg best JEJAKA...agaknya kalo awak dapat JJJ...entah ape nama awak...

Awak tau tak...saya tak sabar nak mengumpul slip gaji 3 bulan masa saya keje sbg Asst .engineer kat kilang M-Fischer tech Sdn. Bhd sbg syarat untuk mendapatkan awak..gaji saya time tu takla sebesar mana. tp lebih baik dr menganggur kan..kan...dan selepas itu..awak selalu menemani saya walau kemana saya pergi...Dr JB-KL-Penang-Perlis-Kelantan-Terengganu semuanya kita dah pergi...pendek kata...satu semenanjung kita dah jelajah kan..kan..

Tahun ini..pada tanggal 23 Oktober 2010, genaplah usia awak 5 tahun. Saya takde adiah untuk awak..cuma saya janji kat awak minggu depan nnti saya servis awak ok... lagipun saya dan suruh hubby saya mandikan awak hari ni kan...hehehe..sorry yer dah lama tak mandikan awak....

 
best tak lepas mandi???hehehe

Saturday, October 9, 2010

Orang itu..

Hari ini aku nak bercerita mengenai org itu..org yang aku semakin menyampah..mula2 aku tak menyampah sangat..tapi lama2..serius menyampah gila..kalo boleh aku tanak tengok muka dia...kalo tengok..adoiiii cuka lagi tak masam la weii....hahaha..mimi ape kes ni?????entahlah makcik blog....saya pun tak tahu..saya hanya nak mengadu pada awak jer....???

Makcik blog: Cerita la wahai mimiku sayang...
saya : Adalah...kawan saya tu...oh bukan...dia bukan kawan sy lagi..DIA hanya "DIA"
Makcik blog : Siapakah gerangan org itu?
Saya: Iskk mana leh kasi tau....biarlah saya tau sorg...saya pun tak percaya awak makcik blog..
Makcik: Share la ngan makcik blog awak ni....
Saya: Saya hanya nak bgtau..setakat hilang kawan sorang..saya tak heran!!!!!kawan saya ramai lagi!!!Oklah makcik....malaslah saya nak cerita panjang2....tata

Nota kaki: Aku hanya insan biasa....aku mendengar..aku melihat...dan aku merasai....Aku juga boleh menilai...yang mana intan..yang mana kaca..yang mana permata..yang mana plastik..yang mana berpura2....yang penting aku BAHAGIA!!!!!tak kesah pun org nak kata ape...